Wednesday, November 23, 2011

I'm struggling but Alhamdulillah, Alhamdulillah and Alhamdulillah

Dah hampir 2 bulan atau lebih sambung belajar.

At first, memang susah. In fact until now pun susah. Since my study ni, ada coursework jugak before I can really start with my research, ada 6 subjek kena ambil. I started with two for this semester. Bermakna ada 2 hari dalam seminggu, pukul 10.30 baru sampai rumah. Pukul 10 baru dapat bersua dengan Amir. Kalau workload mengizinkan, keluar awal dari office untuk spend masa dengan Amir before ke kelas. Well I said enough in the previous entry.

Selain tu, kepala asyik pening fikir mana nak cari duit nak bayar yuran sem depan. I applied scholarship from KPT, MyPhD. Sepatutnya in October dah tau result samada akan dapat tawaran atau tidak. Dari awal November sehingga ke hari ini follow-up. Tiada keputusan lagi. Risau, Allah sahaja lah yang tau. Sem 1, dah bayar pakai duit sendiri, nearly 7K. Sem depan pun yuran lebih kurang banyak tu, memang dah xde sumber kewangan lagi.

Pukul 3 tadi, dapat email dari MyPhD. Katanya dah boleh check keputusan permohonan. Menggigil tangan nak click link. Bukan saja-saja nak drama, tapi kalau lah keputusan -ve, xtau lah nak fikir cara macam mana nak dapatkan duit. Apply loan, maybe. Walaupun ada yang kata senang, tapi mana lah nak tau rezeki berpihak pada kita atau tidak kan. I put so much effort during the application especially in preparing proposal for my topic. Kalau x dapat, memang akan frustrated. And again, channel mana lagi lah yang ada untuk dapatkan scholarship - inilah satu-satunya scholarship untuk pekerja swasta. Nak apply JPA atau MARA (kecuali loan) tak boleh sebab bukan bekas student tajaan mereka semasa degree.


Tapi Alhamdulillah, ada rezeki-Nya.... Bila login to the website, dia kata 'TAHNIAH'. Alahai, rendah diri sangat rasanya. My hands were shaking. Rasa hilang masalah yang menghuni otak beberapa minggu ni. Kalau tak dapat scholarship ni, nak kene fikir mana nak cari lagi  15-16K. Jadi, memang berita ni betul2 menenangkan hati dan fikiran.

Sekarang boleh la focus pada study. Tak perlu fikir pasal duit lagi. Semoga Allah permudahkan lagi urusan ni. Tapi apa yang dah Dia kurniakan so far, tak tahu macam mana nak describe rasa syukur. Dia perkenankan doa diterima sambung belajar dan dimudahkan-Nya lagi dengan bantuan kewangan. Sangat rasa kerdil.

Alhamdulillah.

7 comments:

  1. alhamdulillah. tahniah! tuntutlah ilmu walau sampai ke negara china. insyaallah Allah permudahkan..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah Nur!:) murah rezeki org yg menuntut ilmu ni..

    ReplyDelete
  3. tahniah mokcik...ley ar blanja pizza...hahaha

    ReplyDelete
  4. Happy for u...best of luck ye..:)

    ReplyDelete