Thursday, August 4, 2011

The baby steps towards PhD (Intro)

Nota kepala: Macam biasa, tajuk mesti omputeh. Content dalam bahasa melayu. And as usual, kebanyakkan ayat adalah mix mode.

Saya bukanlah merupakan seorang pelajar yang extra pandai atau rajin. Pernah sekali je jadi best student in Science masa PMR. Itupun sebab (mungkin) setiap subjek kene ada best student, so cikgu kene pilih daripada 7-8 students yang score PMR. Subjek masa PMR pun ada 7-8 biji kan..

Masa sekolah rendah, tak pernah dapat no 1. Sebab ada budak tu, asyik dia je dapat no 1. No 2 pun sama, balik2 dia dapat no 2. Standard saya ialah no 6,7 ke 8.. Top 10 la kiranya, ok lah tu. Sekali masa darjah 5, dapat no 12, nasib baik semua subjek A. Kalau tak kene motivasi free oleh ayah sendiri. Please take note ayah saya punya motivasi session tak kelakar macam Dr Fadzilah Kamsah ye.

Selepas UPSR, dapat tawaran ke Tunku Kurshiah College (TKC). Punya lah ayah happy, satu berita yang menggembirakan selepas kematian arwah emak 2 bulan sebelum menduduki UPSR. Saya pun happy. Sangat happy. Sekolah yang menjadi idaman dikalangan kawan-kawan. Guru besar datang rumah, hantar surat yang diposkan ke sekolah. Guru besar kata, saya student pertama dapat tawaran sekolah berasrama penuh. Ayah must have been so proud of me. And I'm more than happy to make ayah happy.

Cut long story short, entah kenapa tak betah duduk di asrama. Walhal saya bukanlah anak manja atau dimanjakan. Tapi rasa nak balik rumah aje. Homesick sangat2. Akhirnya, lepas sebulan enrolled, saya quit. Maybe ada certain people (friends / relatives) still judging pasal ni. I know memang ayah frust sangat. (But look at me now). Then, I masuk daily school Tunku Kurshian School (TKS). Adik-beradik la konon.. ;p

Masa kat TKS, honestly one of the best thing happen to me. Kalau cerita pasal belajar, I was very bad especially during form 1 and 2. Kalau dulu top 10, sekarang top 20. Ye, no semua 20-an or belas-belas. I was so playful, sekarang anda tau kenapa saya kata tadi seronok kan masa kat TKS ni. Until masa form 3, mula risau ape nak jadi dah besar nanti? Asyik dapat no belakang-belakang, boleh ke masuk universiti? *See, masuk universiti tu macam mimpi yang takkan terjadi je masa tu* That was the turning point where I re-gained the motivation back. Masa tu ada yang melabelkan saya ni pelajar bermasalah, paling sedih ada kawan-kawan sekolah rendah yang dah berkawan selama 6 tahun said the same thing too. Mungkin sebab dari potential student dah jadi social student. But obviously they just talked about what they saw, and it was my fault to appear such way.
In fact ada parents yang pesan dengan anak jangan kawan dengan I, bila ingat balik Hahahahahaha.. tak tau lah macamane buruknya perangai I masa tu ;p But of course everyone entitles for opinion. I'm totally fine :) Sebab I rasa kebanyakkan perception diorang tu salah, just because diorang selalu nampak I merayau-rayau / berjalan-jalan kat pekan dah ingat bukan-bukan. Padahal, saya memang kuat berjalan. Sampai sekarang! Weekend je nak keluar jalan-jalan, does it makes me a bad person? Takkan. Cuma 15 years ago benda tu tak manis dipandang agaknya, especially kat kampung.

Back to the story, masa form 3 dah mula belajar bersungguh-sungguh. Dah jadi top 10 balik :)  Selepas trial PMR, apply MRSM since I dah quit boarding school, no more chance nak masuk dah. Ada kawan yang selalu berjimba gelakkan sebab nak apply MRSM hehehe Seriously bukan salah diorang, memang kat luar / sekolah aku ni bermain je kerja. Masa study, takkan lah diorang nampak kan sebab I study sorang2 ;p

So dapat masuk MRSM and alhamdulillah walaupun kat sana lagilah takde chance nak jadi best student, keputusan SPM cemerlang. Selepas SPM, continue study kat Matriks. And again kat Matriks, I leka. Main-main. Result pun cukup makan, on the border. Orang lain semua at least 3.7 or 4 flat. Mungkin disebabkan itu, tak dapat nak masuk ke Universiti dan course pilihan hati. And again, sebab frust, leka lagi sekali dari Semester 1 ke semester 3. Huhu. Rebel je keje kau! ;p Syukurlah masa semester 4, dah dapat balik motivation (apekah ko takde keje lain?), bertungkus-lumus nak naikkan CGPA yang pada masatu 2.6 aje kot. Semester 5 dan 6, dapat anugerah dekan. Finally, dapatlah CGPA lebih dari 3.0. Whew! Aku ni memang last minute orangnya.

Okay, so lepas habis semester 6, beberapa hari selepas presentation final project, saya dah mula berkerja. And selepas beberapa bulan berkerja, sambung Master. The actual intention untuk sambung master tu, macam vague. Iye ke aku nak sambung belajar lagi, rasa macam malas.. Tapi sambung jugak. Entah. Masa ni go with the flow je. Until (Sekali Lagi) the last two semester barulah study bersungguh-sungguh, dapatlah Anugerah Pasca Siswazah buat kenang-kenangan ;p

And now, bila dah ada Master, terfikir kenapa tak sudahkan je journey belajar ni? Ayah pun asyik sebut pasal PhD, which initially I tak terfikir sangat pun nak buat. Tapi bila ayah sebut tu, rasa macam nak happy kan ayah after all ape I dah buat kat perenggan atas tu ;p And of course it's a step for my career advancement since I'm in education line. Takkan nak jadi lecturer aje kan, nak jugak jadi Dean, nanti boleh tolong anak kawan-kawan, anak-anak buah I masuk Uni.

Plan untuk sambung PhD dah in action since mengandungkan Amir, 2010. Well, nanti I share the kick-starts untuk ambil PhD di entry lain. Tapi baru sebulan lepas dapat offer letter sambung belajar. I'm certain that the journey is going to be really tough. Never heard of anyone say it's easy. Some friends said 'Wah bestnye sambung PhD', well I myself yet to know how much I will love and hate my PhD journey.

Hey, I didn't talked much about my husband, Ami. Sebab kalau I start cakap je pasal dia, ini dah jadi love letter! Kat setiap phase since degree dia ialah pemangkin utama. Iye, lelaki yang dating dengan saya bawak buku (Ah, pls!) Yang tebal-tebal pulak tu!! Kalau bukan sebab Ami yang meneutralkan rasa benci dekat course yang I tak pilih masa degree, entah kat mana I sekarang. And kalau tak bercinta dengan Ami since year 1, takkan I semangat nak pergi kelas bersama-sama year-year yang seterusnya. Hehe. Macam tu jugalah masa Master, he's always be the best supporter. Bila ada assignment, discuss sama-sama. So much easy to work together and share opinions. Of course he's smarter than me, so I'm welcoming most of his opinion. And now I ada Ami and Amir as the cheerleader for my PhD :)


Semoga dipermudahkan. Amin.

9 comments:

  1. Besemangat i baca ur story...Good luck ye dear.. :P

    ReplyDelete
  2. congrats dpt offer letter buat phd:)
    u tkc eh dulu? apsal quit..sob2..i pon tkc gak, tp xquit la.:P

    apepun all the best to get the phd dear

    ReplyDelete
  3. teringat ko jadi ganaz kat skolah dulu :)
    Semuga berjaya beb :)

    ReplyDelete
  4. Best! Lebih kurang sama lak kita.. Part last minute tu.. Hehe! Mrsm mana.. Husband i mrsm muar :p oh ya.. U amik course ape masa degree dulu ya? Bukan senang nk sbg study sampai phd ni.. Mmg u cekal dan sgt motivasi, lg2 bila dh ada ank..good job! :)

    ReplyDelete
  5. Good luck dear.. sama lh kita, last minute ny style, bila last2 sem br lh nk pulun.. :P tp enjoy sgt time study dulu.

    ReplyDelete
  6. hi dearie .. congratulations !!!!

    Flow kita mcm sama *wink* tp I rasa I lagi pemalas Ya Rabbi dari U... huhu..Sambung tau dear... Im also doing PhD and entering my final year now...undeniably its really tough but sure u it will most of the times give joy of fruits :)))))

    ReplyDelete